Fire

Sabtu, 28 Julai 2012

Sejarah Sekolah


  Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman ditubuhkan pada tahun 1947 di kawasan Tanah Melayu. Dulu, nama sekolah ini 'English Primary School' bukan SMK Tuanku Abdul Rahman. Bilangan pelajar pula, seramai 20 orang sahaja,dan berbilang kaum. Kiranya serupa macam sekaranglah, macam-macam kaum ada tapi dulu tak ramai macam sekarang. Sekolah ini Jepun yang tubuhkan, beratap nipah sahaja waktu itu. Mempunyai 7 buah kelas, 2 orang guru serta seorang pengetua iaitu V.M.Francis.
   Jumlah pelajar makin bertambah kepada 40 orang, guru pula 3 orang. Aktiviti kokurikulum cuma dalam bidang sukan. 
   Tahun 1952, makin banyak perkembangan. Sekolah ini berpindah ke Jalan Tok Sulong dengan 12 bilik darjah dan sebuah makmal yang tidak lengkap. Kelas ketika itu ialah darjah 7 dengan tenaga pengajar seramai 30 orang pada tahun 1953.
   1960, barulah wujud Sekolah Menengah Kebangaan Tuanku Abdul Rahman. Sekolah ni terdiri daripada 3 buah bangunan 2 tingkat yang ada 25 bilik darjah, makmal dan pejabat. Pengetuanya ialah V.Krishna.

Logo Sekolah Ku


Logo SMKTAR
Makna lambang :
  • Obor - Ilmu
  • Harimau - Berani
  • Padi - Perpaduan
  • Merah - Kemajuan
  • Kuning - Kesetiaan
  • Biru - Keharmonian & Kesejahteraan

Ikrar Pelajar


Bahawasanya kami,pelajar-pelajar,Sekolah Menengah Kebangsaan,Tuanku Abdul Rahman,
Berikrar akan, sentiasa mematuhiperaturan-peraturan sekolah,  untuk menjadikan kami,  murid-murid yang berdisiplin,  dan bertanggungjawab,
Berikrar akan,  belajar bersungguh-sungguh,  untuk kebaikan,  dan faedah diri sendiri,  keluarga, agama,  bangsa,  dan negara,
Berikrar akan,  sentiasa berkelakuan baik,  berbudi mulia,  jujur,  dan tetap menghormati guru-guru,  dan rakan-rakan,  tanpa mengira kaum,  bangsa,  agama,  dan warna kulit,
Berikrar akan,  sentiasa menjaga kebersihan,  dan harta benda sekolah,  pada setiap masa,
Berikrar akan,  menjadi warganegara Malaysia,  yang sentiasa mematuhi,  prinsip-prinsip “Rukun Negara”.

Lagu Sekolah Ku




KAMI MURID S.T.A.R. BERIKRAR 
BERUSAHA TEKUN BELAJAR
ILMU DAN SUKAN MENJADI AMALAN
ITULAH JADI PANDUAN 

SEGALA BANGSA BERGANDING BAHU 
MAJU DAN BERSATU PADU 
MARILAH BERGOTONG-ROYONG SELALU
SEMANGAT LUHUR DAN JITU

HARI DEMI HARI BERGANTI
TAHUN DEMI TAHUN MENJELANG
KEMAJUAN TERCAPAI PASTI
PENUHKAN MASA TERLUANG

CITA-CITA KAMI TINGGI MENJULANG
SEMANGAT NYALA BERAPI
DARI ITU MASA JANGAN DIBUANG
KITAKAN BERJAYA NANTI

Visi Dan Misi Sekolah Ku



VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG.

MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI.

Jumaat, 27 Julai 2012

Gambar Sekolahku


                   
Logo Sekolah                                              Bangunan Sekolahku

   
          Jualan Makanan Pada Hari Koperasi


        Perbarisan Rumah Sukan Temenggung

 
        Perbarisan Rumah Sukan Syahbandar
                               
n
a
m
h
a
R
l
u
d
b
A
u
k
n
a
u
T
K
M
S